Sunday, January 4, 2009

Tiada disiplin dalam Pakatan Rakyat


Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim supaya memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin menggambarkan pakatan pembangkang itu masih berada dalam proses penyesuaian dalaman.

Perkara sedemikian dilihat oleh penganalisis politik tempatan sebagai tindakan tidak matang kerana ia menunjukkan kerapuhan sistem pakatan yang mereka amalkan.

Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata situasi sedemikian menggambarkan seolah-olah Anwar tidak dihormati.

Jelasnya perkata itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS masih belum mempunyai seorang ketua yang disegani.

"Walaupun Anwar kini sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat, namun tindak tanduk mereka seolah-olah tidak menghormati Anwar sebagai ketua.

No comments: