Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda lebih 17 juta rakyat Malaysia.
Jika dikaji dari sudut kesesuaian pengunaan Bahasa Melayu dalam injil dan khutbah gereja pula, persepsi yang melambangkan golongan yang mewakili pengunaan bahasa itu perlu sangat diambil kira.
Definisi 'Melayu' itu ialah "Orang berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam". Ini bermakna, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai bahasa ibunda oleh orang orang yang 'berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam'.
Oleh demikian, pengunaan Bahasa Melayu dalam dakwah Kristian melambangkan bahawa proses pengkristianan orang Melayu Malaysia, secara terancang dan berstruktur, sudah bermula dan berlaku dengan secara terbuka, termasuk mendapat 'kebenaran' pihak berkuasa.
Ini adalah sesuatu permintaan yang wajar dikira sebagai 'Kurang Ajar', terutama sekali semasa perayaan Hari Krismas; perayaan suci memperingati kelahiran Nabi Isa A.S., yang mensyirikan tauhid ugama Kristian sebagai 'Anak Tuhan'.
Dalam masyarakat majoriti Islam Malaysia, sesuai dengan semangat muhibbah dan saling menghormati antara kaum dan kepercayaan ugama, toleransi menghormati hak rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan 'Ugama Persekutuan Malaysia' iaitu Islam dijaga.
Maka dengan itu, perayaan Hari Krismas, walaupun hanya melibatkan golongan minoriti, masih lagi diberikan penghormatan dan diberikan cuti umum. Berbanding dengan negara dimana ugama rasmi ialah Kristian seperti UK, perayaan orang Islam seperti Eidul Fitri tidak diiktiraf langsung.
Permintaan NGO Kristian ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Had menghormati hak dan peluang dan ruang untuk mereka mengamalkan ugama mereka, selagi tidak bercanggah dengan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dan kepentingan memelihara kedudukan Islam kepada orang Melayu, warga majoriti tanahair perlu dipertimbangkan dan tidak dilanggari, walaupun dengan apa sudut intepretasi yang diberikan.
Namun atas apa jua alasan, sejajar dengan arus globalisasi dan keterbukaan masyarakat dunia mempunyai akses kepada jaringan maklumat, had ini perlu dihormati dan pantau, agar 'toleransi' yang golongan majoriti berikan itu tidak dicalari dengan cabaran ala intelektual.
Kepentingan mengada had ini bukan setakat memelihara persepsi semata mata. Dalam keadaan dimana maklumat, termasuk dakwah sengaja disalurkan secara licik mengunakan pelbagai media, samada secara tersurat atau tersirat, dijangkakan akan memberikan kesan strategik kepada orang Melayu. Lebih lebih lagi pendekatan, medium dan kaedah mengunakan alat hiburan, alat propaganda seperti media eletronik, secara halus akan mempengaruhi akal dan lambat laun, akidah orang Islam. Apatah lagi sekiranya medium ini dimudahkan dengan dibenarkan dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda majoriti rakyat Malaysia.
Dunia hiburan semasa dengan imbuhan teknologi terkini, ialah alatan propaganda paling effektif untuk mempengaruhi minda orang Melayu-Islam, terutama golongan muda. Sekiranya propaganda dan 'dakwah strategik' ini berterusan secara terancang, terurat dan tersirat, dan orang Melayu mempunyai rujukan mudah iaitu injil dalam Bahasa Melayu, apakah akan berlaku kepada iman anak muda Melayu, sekarang dan akan datang?
Persoalan sekarang, dimana had kemahuan dan permintaan golongan minoriti negara ini berbanding dengan menjaga kepentingan, perasaan dan maruah golongan majoriti, dengan memanipulasikan 'toleransi, menghormati hak orang lain, semangat muhibbah dan keperluan untuk bergerak maju kehadapan sejajar dengan arus globalisasi'. Lebih lebih lagi, sudut perundangan, nilai sejagat dan hak asasi diperkuda dan manipulasikan sebegitu rupa, sehingga menghalang permintaan dan tidak membenarkan sering kali dipertontonkan kepada dunia luar sebagai "Majoriti menindas hak dan kepentingan minoriti".
Dalam konteks 'bahasa dan toleransi' ini, baru baru ini golongan minoriti ini juga yang begitu lantang mempertahankan kunun kunun 'hak' mereka mengekalkan sekolah vernakular, walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan tafsiran berbeza. Menarik balik kemudahan (privilege) yang mereka anggap sebagai 'hak' ini akan sewenang wenangnya dikudakan sebagai menafikan hak asasi mereka dan ini akan dipolitikan, bukan setakat dalam negara, malah dipersada antarabangsa.
Jelas bahawa golongan minoriti ini menghamburkan kedudukan 'hak' atas kepentingan mereka dan memanipulasikan keadaan, atas kesesuaian keadaan.
Permintaan ini secara tidak langsung memberi kesan moral kepada kedudukan mutlak kuasa Raja Raja Melayu keatas Islam sebagai tunggak ugama Persekutuan Malaysia dan kebudayaan Melayu dimana merangkumi Bahasa Melayu, kini sengaja dicabar secara terancang.
Apakah orang Melayu, sebagai kekuatan asas politik yang mendukung kuasa memerintah Malaysia semenjak Merdeka, akan membuat kompromi sekali lagi, atas alasan lemah 'toleransi dan semangat menghormati hak orang lain' dan membiarkan Bahasa Melayu yang melambangkan jiwa Bangsa Melayu di'sundal'kan, membelakangkan 'roh' definisi Melayu itu sendiri?
TEPUK DADA, TANYA SELERA!
Dari Bigdog
Thursday, January 1, 2009
Bahasa Melayu: Tepuk dada, tanya selera...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment