Friday, June 20, 2008

Apakah kewarganegaraan Anwar? Amerika, Malaysia atau kedua-dua?

Dia begitu mudah keluar masuk Amerika sejak dulu lagi dan simpati negara itu terhadapnya begitu mendalam semasa dia di penjarakan.

Simpati yang diberikan Amerika kepada Anwar begitu ketara...daripada pembentangan permaidani merah untuk menyambut seorang Timbalan Perdana Menteri hinggalah kebiadaban bekas Naib Presiden Amerika Al Gore semasa berucap di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.

Apakah di sebalik kesemua ini? Apakah Anwar lebih penting daripada jutaan nyawa penduduk Arab di Palestin, Lubnan, Iraq dan Afganistan yang hidup merempat dalam kesengsaraan berikutan campur tangan Yahudi dan Amerika?

Kalau kita mengikuti kes yang membawa kepada pemecatan Bekas Presiden World Bank dari institusi kewangan itu, banyak dokumen yang dibongkar oleh puak Demokrat Amerika, antaranya peranan Wolfowitz, Shaha Riza dan Anwar dalam perang di Iraq.

Shaha Riza dipindahkan dari Bank Dunia ke Pentagon untuk melakukan kerja-kerja risikan di Iraq melalui syarikat tajaan Pentagon yang dinamakan Science Application Internation Corporation (SAIC).

Maklumat yang diperolehi oleh Shaha dan SAIC menjadi panduan kepada Wolfowitz yang ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa pencerobohan ke atas Iraq.

Ketika World Trade Centre (WTC) di New York dibom Anwar berada di penjara Malaysia. Dia bagaimanapun, menulis surat kepada Wolfowitz mengecam umat Islam Iraq yang "berjihad" menentang kafir. Dalam surat itu Anwar sepenuhnya menyalahkan kejumudan Islam dan pemerintahan diktator Saddam Hussein di atas kemusnahan WTC itu.

Surat sokongan Anwar itulah yang menjadi justifikasi Wolfowitz untuk menyokong tindakan serangan ke atas Iraq. Ini diperkuatkan lagi dengan dakwaan seorang pelarian Kurdis, Bakhtiar Amin yang kononnya Saddam memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Kerana kepentingan Anwar kepada agenda-agenda inilah maka Wolfowitz menziarahinya semasa dirawat di Munich, Jerman pada 2004.

Selepas perang Iraq, Wolfowitz mencadangkan Bakhtiar Amin menjadi Menteri Hak Asasi Iraq sementara Anwar pula dilantik sebagai Konsultan Bank Dunia dan Shaha Riza dinaikkan gaji.

Ketiga-tiga watak Islam yang jadi tali barut Amerika ini dihimpunkan dalam Yayasan Foundation For The Future.

Dan apabila puak Demokrat mengenakan tekanan supaya Wolfowitz dipecat dari Bank Dunia, pentadbiran Bush sengaja melengah-lengahkan isu tersebut dan kemudiannya diwujudkan pula kisah salah laku di antara Wolfowitz dan kekasihnya, Shaha Riza, walhal peranan Shaha lebih daripada kekasih – malahan pembantu perancang kemusnahan Iraq.

Anwar pula berbaik dengan kedua-dua kem politik di Amerika, iaitu kem Republikan (melalui Wolfowitz) dan kem Demokrat (melalui Al Gore dan Madeleine Albright). Percaturan ini dilakukan supaya kalau salah satu kem berjaya mentadbir Amerika Syarikat peranan Anwar masih berfungsi.

Lebih tepat lagi kekuatan Anwar bergantung kepada rangkaian neocon (Yahudi US) yang berada dalam kedua-dua kem. Kawan baik Anwar adalah Wolfowitz (Republikan), Dick Cheney (Republikan), Al Gore (Demokrat), Al Bright (Demokrat), Cohen (Demokrat), Robert Zollick (Republikan) dan Colin Powell (Republikan).

Ramai yang beranggapan sekiranya Wolfowitz dipecat dari Bank Dunia, peranan Anwar sebagai agen AS akan terpadam kerana karier politik 'godfathernya' (Wolfowitz) telah tamat.

Tanggapan ini salah kerana hayat politik Wolfowitz sebaliknya semakin kuat kerana dia ditempatkan di The American Enterprise Institute (AEI) yang menjadi alat paling penting parti Republikan.

Lagipun, sebelum ini Wolfowitz telah menghubungkan Anwar dengan rangkaiannya dalam kumpulan neocon. Rangkaian neocon yang ditaja dana Amerika ini merupakan rangkaian yang masih berperanan penting.

Antara tindakan yang diambil Wolfowitz ialah memperkenalkan Anwar kepada Madeleine AlBright (bekas Setiausaha Negara Amerika) yang memiliki AlBright Groups dan ditugaskan sebagai pengerusi NDI (National Democratic Institute).

Cohen pula dengan The Cohen Group. Colin Powell memiliki Collins & Aikman Corp sementara Aspen Partners ditugaskan khusus ke Timur Tengah untuk penguasaan minyak.

Anwar juga diperkenalkan kepada Robert E .Rubin yang menjadi CEO Citygroups. Berdasarkan inilah maka bekas Setiausaha Pemuda PKR Lokman Noor Adam berkata PKR ditaja melalui akaun City Bank.

Selain itu, Anwar juga diperkenalkan kepada Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED).

Semua ini berupa rangkaian neocon yang punyai pengaruh penting dalam pentadbiran Amerika Syarikat.

Berdasarkan inilah maka antara tuduhan ke atas Shaha Riza termasuk bersabit peranannya sebagai agen Amerika yang melalui proses gelap (covert) CIA dan USAID dengan bertopengkan World Bank dan NED.

Status VISA G-4 yang dikeluarkan oleh Setiausaha Negara Amerika turut dipertikaikan. Kes Shaha sama dengan Anwar.

No comments: