Dalam kesibukan memerhatikan kemelut politik tanah air, terlintas juga di hati apa sebenarnya di sebalik laungan Presiden Amerika Syarikat George Bush menyebarkan idea demokrasi di serata negara yang masih dianggapnya sebagai tidak berapa bertamaddun.
Dalam satu artikel yang saya terbaca hasil tulisan seorang rakyat Amerika baru-baru ini, saya terpanggil untuk berkongsi secara mentah apa yang dilahirkanya.
Penulis itu mempertahankan Bush dan agenda 'demokrasi' Amerika di Iraq dengan berkata penerapan demokrasi di negara Islam itu telah membawa kepada suasana yang lebih selamat bagi wanita dan penganut agama Kristian.
Menurut penulis itu lagi, undang-undang syariah yang sebelum ini menjadi teras pemerintahan Iraq dianggap Amerika sebagai terlalu ganas, brutal dan tidak berperikemanusiaan, lantaran hanya demokrasi ala barat yang mampu menghentikannya.
Di sini kita dapat melihat di antara agenda petualang Amerika Syarikat yang didalangi puak neocon untuk melemahkan dunia Islam.
Bibit-bibit pengaruh negatif Amerika di sebalik jelmaan agenda 'muslim moderat' dan 'liberal demokrasi' yang begitu ketara dipupuk beberapa pihak pembangkang di Malaysia sebenarnya sebahagian daripada rancangan besar Amerika dan konco-konco di negara ini.
Tidak...menidakkan kemaraan idea-idea seperti ini bukan bermakna penganut kristian diketepikan, tetapi bahayanya ialah bagaimana sentimen agama digunakan Amerika bagi meraih sokongan barat dan sebagainya...
No comments:
Post a Comment