Sunday, July 29, 2007

Gotcha! Raja Petra

Reproduced from Publius Melayu

I'm almost taken by what Raja Petra has been claiming these past few days following his questioning by the police at KL's Dangi Wangi station.

For one, lets take a look at his explanation that all the profanities posted against Islam and the Yang DiPertuan Agong were done by the co-called UMNO 'cyber-troopers'. What begs to be answered now is, if it is true those dastardly deeds were 'penned' by UMNO mercenary scribes, why have they now almost come down to a trickle if not stopped suddenly in their tracks? Given that the battle zone that is politics would most likely never see any let up in subversion, offensive, counter-offensives and psy-war efforts, it would be a most lame excuse for Raja Petra to point his fingers to an unsubstantiated and groundless claim such as that.

However, I, being a regular follower of Malaysia-Today and other SOPO blogs, would agree to a certain degree of subversion by some over-enthusiastic, albeit childish and shallow attempts by UMNO 'cyber troopers' to try some clearly futile attempts at flooding the website's server with hundreds of repetitive postings as well as the alleged 'planted' comments that have become the bone of contention presently.

If the alleged cyber-fifth columnists do really exist and occassionally succeed in posting their uncouth and criminal comments and, given their ability to cause quite a disquiet on both sides of the Malaysian political divide, I wouldn't think that they will stop.

I would think that the reason for the sudden disappearance of the bulk of such postings is because they were not carried out by the people that Raja Petra strongly alleged. They were actually carried by some over-zealous cyber-anarchists aligned to the blind (blinkered) spirit of Raja Petra's claim to social and political righteousness.

As such, following Raja Petra's clear advice before his being summoned for questioning by the police last week that he would appreciate if the readers of Malaysia-Today would refrain from posting profanities and anti-Islamic comments, the attacks suddenly came to a slower pace and almost zero. In most probablities this may be attributed to the culprits taking heed of his appeals as well as the unfounded fear that by continuing to do so would cause what they perceive as their only channel of free speech to come to an end. Another possibility is the fear that by persisting in maintaining the momentum of profanities and vulgarities, they may cause their scapegoat, i.e. Raja Petra to be arrested, hence losing their presumed anarchic alter ego.

So based on all these, Raja Petra's contention that the attacks were carried out wholly by the so-called UMNO cyber-troopers does not carry any weight. This theory becomes even more plausible – even real, given that earlier he had admited he could not control such postings that came from abroad,and in yet another instance, that he should not be held responsible for those were just comments made by others and not himself as the operator of Malaysia-Today.

After going through the three 'defences' mentioned above, Raja Petra suddenly zeroed in on the 'wholly-carried-out- by- UMNO-cyber-troopers' scapegoating stance. And with that he felt that he was treading solid ground as almost all his blind flock of followers would unhesitantingly jump on the bandwagon and go on an all out counter-offensive to re-direct the blame to external forces.

Demokrasi kita cuba digugat BA: Anwar dedahkan dia akan menjemput campurtangan asing.

Dato Seri Anwar ibrahim dalam ceramah konvensyen BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor pada 20 Julai menyebut bahawa beliau sedang berusaha berunding dengan Jimmy Carter (bekas Presiden Amerika Syarikat) untuk membawa Carter Center memantau Pilihan Raya Umum di Malaysia.

Anwar berkata pada bulan lepas beliau telah dijemput oleh duta-duta asing untuk membentangkan bukti-bukti tentang kepincangan pilihan raya di Malaysia. Beliau telah serahkan satu dokumen lengkap mengenai bukti-bukti penyelewengan Malaysia kepada setiap duta asing itu.

Anwar juga menyebut beliau akan menggunakan semua media antarabangsa termasuk Al-Jaazera, BBC, CNN dan Bloomberg bagi mendedahkan kepincangan demokrasi di Malaysia.

Program itu yang dianjurkan oleh BERSIH diketuai Syed Shahril (MTUC) dengan kerjasama DAP, PAS dan PKR. Turut berucap Lim Guan Eng (DAP), Haji Hadi Awang (PAS) dan Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR). Pengerusi Majlis ialah Mohmamad Sabu (PAS).

Thursday, July 26, 2007

Raja Petra disiasat!

Beberapa akhbar tempatan semalam (Khamis) menyiarkan mengenai siasatan ke atas Raja Petra - pengendali laman blog Malaysia Today. Berita yang disiarkan memetik antara lain siasatan ke atasnya memakan masa 8 jam di IPD Dang Wangi. Menurut polis siasatan tersebut berikutan laporan polis yang dibuat baru-baru ini.

Apa yang berlaku patut dijadikan pengajaran kepadanya, bloggers lain dan juga mereka yang berhasrat untuk memulakan blog sendiri.

Negara berdaulat ini tidak pernah menghalang kebebasan bersuara, tapi kita sebagai warganegara Malaysia perlu juga berpada-pada.

Sekarang barulah Raja Petra tahu tinggi rendahnya langit walaupun di khalayak awam beliau mempamerkan 'bravado' seperti wira kebebasan tafsirannya sendiri. Ramai yang 'ditelenjangkan' di laman blog kendalian beliau. Bukan sedikit individu dan ahli politik yang terkena bahana fitnah yang dipaparkan melalui laman blognya itu.

Sebagai pengendali laman blog tersebut beliau perlu bertanggungjawab ke atas apa jua yang dipaparkan.

Alasan bahawa komen yang terpapar bukan tanggung-jawabnya dan hosting blog bukan berpusat di Malaysia tidak dapat diterima kerana yang penting Raja Petra sebagai pemilik wujud secara fizikal (a human-in-being) di Malaysia. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa dia boleh memikirkan samada segala yang terpapar boleh dimanifestasi di Malaysia atau tidak, walaupun secara maya. Dia tidak sepatut berselindung di sebalik keremajaan teknologi world wide web dan mengatakan seolah-olah tiada sempadan langsung di alam maya.

Menyebut tentang virtual world kita tidak seharusnya menunggu untuk penilaian penggarisan had-had serta peraturan teknologi maklumat dirintis oleh negara-negara barat sebelum kita sendiri mewujud dan kemudiannya meniru atau menyesuaikan peraturan itu di Malaysia.

Kita boleh memulakannya sekarang. Cendikiawan perundangan, Parlimen dan mahkamah boleh mempercepatkan usaha perbahasan dan pembentangan ke arah melengkapkan undang-undang siber Malaysia. Usaha ini tidak begitu sulit jika kita sendiri memahami falsafah asas perundangan siber yang hanya tidak lain daripada serpihan baru daripada 'core' codes of societal conduct yang menjadi asas undang-undang jenayah dan sebagainya. Apa kata kita bemula dengan melihat daripada aspek niat (intent) dan kemungkinan kesan (probable damage)?

Tidak salah kita 'berblog" tapi biarlah kena caranya dan biarlah pada landasan yang betul. Media sepatutnya menjadi penghubung manusia sejagat dan penyampai maklumat di mana jua. Media bukan tempat untuk menabur fitnah dan bukan landasan untuk menghina sesiapa jua.

Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Fikir-fikirkanlah...

Salam Jumaat

Tuesday, July 24, 2007

PAS Akui Terdapat Blogger Yang Melampau Terhadap Islam

Dipetik dari blog Publius Melayu

Ahli Dewan Negara dari Parti PAS Senator Wan Ubaidah Wan Omar mengakui ada blogers yang membuat kenyataan melampau, mengancam dan membuat fitnah serta boleh merosakkan akidah umat Islam.

Bercakap ketika membahaskan Rang Undang-undang Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 di Dewan Negara semalam Wan Ubaidah menyebut tentang laman blog Murtad Malaysia di mana orang-orang Melayu yang murtad memberi kenyataan menyatakan kenapa mereka mahu keluar Islam dan sebagainya.

Sementara itu, Senator Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan seharusnya mengkaji sama ada betul atau tidak apa yang ditulis oleh mana-mana blogers sebelum mengambil apa-apa tindakan.


Monday, July 23, 2007

Laporan Polis Terhadap Malaysia-Today

Petikan dari counterpoint blog

Menurut laporan awal daripada beberapa blogger termasuk Jeff OOi dan Rocky satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi hari ini tadi terhadap laman web alternatif Malaysia-Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin.

Countergrain sudah lama menghitung hari ekoran tindakan begitu ramai blogger dan pembaca laman berita alternatif Malaysia-Today mengeposkan komen-komen tanpa beralas. Yang saya maksudkan ialah komen berunsur hasutan dan kecaman terhadap beberapa isu sensitif, terutama yang ketara menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Ada di antara blogger yang sengaja menggunakan laman Malaysia-Today bagi meluahkan kata-kata lucah terhadap masyarakat Muslim dan agama Islam -- ini tidak patut disiarkan tanpa penapisan oleh pihak editorial.

Berikutan kegagalan Raja Petra menangani kepincangan itu, ramai di antara masyarakat Islam di negara ini berasa begitu terhina.

Tidak kurang ramai juga yang menasihatkan (termasuk countergrain sendiri)Raja Petra supaya segera menapis pos-pos sedemikian rupa tetapi beliau pada mulanya gagal berbuat demikian, hinggalah sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila beliau akhirnya memberi amaran kepada pembaca Malaysia-Today yang beliau akan mula menapis segala posting selain mengenakan syarat bagi menyertai laman tersebut.

Kita patut mengambil iktibar daripada keadaan ini. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak saya rasa memang tepat masanya bagi laporan Polis dibuat.

Jika diperhatikan daripada satu sudut, Raja Petra yang begitu mendaulati kebebasan ekspresi dan bersuara, terutama di internet, telah dijadikan mangsa oleh anasir-anasir yang sengaja menggunakan laman Malaysia-Today sebagai saluran.

Dari penjuru lain pula kita perlu melihat senario ini dari aspek toleransi.Dalam konteks ini, toleransi yang maksudkan ialah sikap kesabaran beberapa pihak dalam kerajaan yang sengaja tidak mahu menambahkan minyak kepada api hasutan yang dinyalakan oleh anasir-anasir subversif di laman Malaysia-Today. Daripada ini kita dapat mentafsirkan samada kerajaan sengaja menindas suara pembangkang atau sebaliknya.

Bagaimanapun, apabila keadaan menjadi begitu serius apakah salah bagi sesuatu dilakukan untuk menanganinya demi kesejahteraan semua penduduk negara pelbagai kaum ini?

Friday, July 20, 2007

Anwar, Nat & Konspirasi Barat

Polis Bukit Aman menahan Nathaniel Tan (Nat), pembantu Anwar Ibrahim dalam Foundation For the Future, pada 13 Julai 2007 di pejabatnya di Phileo Damansara 1, Petaling Jaya.

Pada mulanya ramai yang mengsyaki penahanan pada 4.45 petang itu bersabit kesalahan di bawah jenayah siber seperti yang dijelaskan seorang anggota polis apabila ditanya. Bagaimanapun, sebab sebenar tidak dapat dipastikan.

Berikutan penahanan itu, seperti yang diagak, rata-rata masyarakat blogger pembangkang melenting dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pihak polis dan kerajaan. Mereka tidak berlengah untuk memanipulasikan isu tersebut. Dakwaan polis bertindak secara kuku besi, membelakangkan prosedur undang-undang dan dakwaan bahawa penahanan itu dilakukan berikutan arahan daripada pihak atasan berhembus kencang.

Dalam masa yang singkat berita penahanan itu juga dimaklumkan kepada beberapa organisasi antarabangsa, termasuk Amnesty International dan Reporters Sans Frontieres (Badan Wartawan Tanpa Sempadan). Organisasi-organisasi ini juga tidak berlengah untuk menempelak dan mengecam tindakan tersebut.

Kepantasan isu penahanan Nat dieksploitasikan oleh beberapa pihak tempatan dan antarabangsa memberikan semacam kesahihan kepada teori konspirasi yang mengaitkan Anwar menerusi dalang-dalang luar yang dikesan pertalian hingga ke Jabatan Negara Amerika dan Yahudi.

Ia dengan jelas meletakkan tandatanya besar mengenai tanggapan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu mendapat bantuan kewangan daripada anasir antarabangsa yang menggunakan ketidakpuasaan peribadinya sebagai helah untuk campur tangan dalam sistem demokrasi Malaysia.

Kini, Nat telah dibebaskan dengan jaminan. Dia perlu melaporkan diri kepada pihak polis dalam beberapa hari bagi siasatan selanjutnya.

Dalam menangani perlekehan daripada pembangkang berhubung isu tersebut, kita berasa agak mual dengan segala imej 'kebenaran' yang ditonjolkan mereka. Tidak guna kita bertegang urat dengan mereka kerana mereka ini jenis manusia bebal yang hanya dapat melihat segala-galanya daripada perspektif sempit.

Bagi rakyat Malaysia yang lebih berpendirian rasional, tindakan itu semestinya mempunyai sebab tertentu. Terlalu awal untuk menghukum pihak polis atau sistem perundangan. Mereka tidak mungkin sebodoh itu untuk melakukan sesuatu sesuka hati di zaman globalisasi yang begitu terbuka ini.

Saya rasa walaupun terdapat landasan tertentu dalam prosedur penahanan dan tangkapan menurut undang-undang, namun keperluan semasa kadangkala memerlukan tindakan luar biasa. Tindakan diluar prosedur biasa bukan sekadar berlaku di negara membangun. Ia lebih sering berlaku di negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Britain. Bagaimanapun, selain beberapa suara minoriti menegur perlakuan itu, ia tidak sehebat konspirasi dunia barat terhadap negara membangun seperti Malaysia -- dengan bantuan anasir-anasir dalaman sendiri.

Wednesday, July 18, 2007

Syukur....

Kadangkala kita lupa, betapa perlunya kita bersyukur diatas anugerah yang Tuhan berikan kepada kita. Anugerah melimpah ruah yang kita nikmati setiap detik, saat dan ketika jarang sekali kita sedari.

Pada saat kita bangun pagi, acapkali kali kita terlupa betapa Tuhan memberikan kita sehari lagi untuk hidup. Nikmat yang tidak ada tolok bandingnya! Satu kehidupan...

Jika dibilang apa yang kita nikmati dalam kehidupan kita sehari-hari, tidak terhitung rasanya. Kita dapat melihat, dapat menghela nafas dan melakukan bermacam-macam lagi. Semua nikmat itu tiada nilai untuk ditukar-gantikan.

Tapi, pernahkah kita bersyukur atas segala nikmat itu?

Seringkali kita lalai, merungut tanpa sudah-sudah tentang kehidupan kita. Rungutan klise yang selalu kita dengar - mati lagi baik. Akibat himpitan kehidupan baik daripada segi kerjaya, keluarga atau apa saja kita seringkali merungut dan bukannya sebaliknya bersyukur. Tapi cuba kita fikirkan, adakah mati itu yang terbaik buat kita?

Kita seharusnya bersyukur dan lebih menghargai kehidupan kita ini. Kita tidak akan hidup buat kali kedua!

Renung-renungkanlah dan bersyukurlah atas apa yang kita ada.

Salam Rejab....