Monday, August 25, 2008

Peranan Anwar di Amerika melaga-laga umat Islam ?


Steve Clemons (Director, New America American Strategy Program) menyatakan dalam Washington Note bahawa Anwar Ibrahim turut sama menandatandangi deklarasi "Annapolis Summit" yang menyatakan sokongan kepada Presiden Bush untuk membentuk sebuah kerajaan boneka di Palestin.

Ini salah satu contoh mengapa Anwar dikatakan mengikut kehendak Amerika. Selain campurtangan Condoleeza Rice, Al Gore, Madeline Albright, Tom Casey dan Sean McCormack dalam urusan perundangan negara pada 1998 dan 2008, persetujuan Anwar dalam Annapolis Summit menyerlahkan lagi hubungan rapat tersebut.

Annapolis Summit dihantar kepada Bush pada 10 Oktober 2007 sebagai tanda persetujuan langkah Amerika Syarikat mengadakan Deklarasi Annapolis Summit antara Palestin dan Israel.

The New America Foundation, International Crisis Group (ICG) dan US/Middle East Project telah memulakan usaha untuk menyiapkan draf dan surat awal kepada Presiden Bush berkaitan dengan Deklarasi Annapolis Summit beberapa minggu sebelum Oktober 2007. Anwar adalah antara ahli dalam ICG.

Deklarasi yang diluluskan oleh Presiden Bush dan Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) ini bersetuju untuk melantik Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang sah dan diiktiraf oleh Israel.

Siapa Amerika untuk lantik Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin? Inilah punca sebenar pertelagahan antara Hamas dan Fatah. Apakah cara lantikan Presiden mengikut telunjuk dan cakap Bush ini satu cara demokrasi yang suci?

Annapolis Summit ditentang oleh majoriti rakyat Palestin, Syria dan Iran tetapi ianya disokong oleh Anwar Ibrahim bersama sama dengan beberapa tokoh neo konservatif dari Amerika Syarikat.

Benarkah selepas Mahmoud Abbas mengiktiraf Israel, maka Zionis tidak akan lagi menceroboh Baitul Muqaddis? Jika berlaku lagi pencerobohan, apakah Amerika akan melarang atau menegur Israel agar jangan melakukannya?

Kenapa Anwar cepat sangat setuju untuk tandatangan Deklarasi Annapolis Summit ini?

Apakah kerana jawatan Pengerusi Yayasan Masa Depan dan Ahli Lembaga Pengarah ICG, Anwar sanggup untuk bersetuju sama dengan kehendak Bush dan Ehud Olmert?

Siapa Anwar di mata Bush sebenarnya? Jika Anwar dipilih menjadi orang nombor 1 di Malaysia, adakah itu yang dimahukan sebenarnya oleh pihak di luar sana?

No comments: