Sunday, March 23, 2008

Pengundi Melayu terlanjur


Ramai orang Melayu mengundi pembangkang dalam PRU 12, tetapi ia tidak bermakna mereka mengundi menentang keistimewaan dan hak mereka sebagai Bumiputera. Kedua-duanya masih menebal kekal di hati hampir semua orang Melayu (dalam apa jua bentuk dan perspektif).

Oleh itu sebarang cubaan untuk memansuh atau menghadkan semua keistimewaan orang Melayu akan menyaksikan masyarakat Melayu menentang habis-habisan.

Bagaimanapun, apabila berlaku ancaman seperti yang timbul kini, orang Melayu mula menyesal kerana keterlanjuran mereka menggugat dan melemahkan pesada kuasa ibunda hingga membawa kepada keadaan sekarang.

Dalam pada itu jari-jari masih menuding ke arah hanya seorang sebagai penyebab kekalahan di lima negeri selain kemerosotan di negeri-negeri lain. Mereka yang menuding jari hanya nampak akan kesilapan seorang tetapi begitu liat melihat kepada diri sendiri.

Ini boleh dibandingkan dengan tindakan positif bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang akur dengan kekalahan dirinya, Gerakan dan BN.

Beliau tidak segan melihat kepada realiti sambil mengakui sikap keangkuhan dan kelemahan menangani keresahan rakyat punca sebenar tamparan hebat yang diterima.

No comments: