Dari blog Publius Melayu
Permintaan-permintaan HINDRAF
Berikut ialah permintaan asal mereka:
- Pembayaran gantirugi sebanyak £1 juta daripada kerajaan Britain untuk tiap seorang rakyat Indian Malaysia.
- Hentikan apa yang mereka dakwa sebagai pembinasaan sengaja kuil-kuil Hindu. Pembayaran ganti rugi sebanyak RM10 juta bagi setiap satu.
- Hak sama dalam pendidikan dan pekerjaan
- Tambahan bantuan kepada 523 buah sekolah Tamil
Permintaan-permintaan baru HINDRAF
- Perjumpaan dengan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Ahad ini.
- Penubuhan sebuah jawatankuasa baru bagi membantu menangani masalah-masalah yang dihadapi kaum India.
- Desakan supaya dibebaskan kesemua tahanan berbangsa India dari sebuah penjara di Johor.
- Perlantikan seorang yang bukan Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
- Jawatan Menteri Kewangan diberikan kepada seorang Cina.
- 20 peratus daripada kesemua jawatan tertinggi dalam kerajaan dan swasta diberikan kepada kaum India bagi tempoh 15 tahun akan datang.
- Sekurang-kurangnya 20 orang Ahli Parlimen Pembangkang dilantik oleh masyarakat India.
Komen blogger:
Renungkan kesemua permintaan di atas dan bandingkan dengan keadaan sebenar di depan mata kita di Malaysia behubung kaum India yang hanya merangkumi 8 peratus daripada jumlah bilangan penduduk negara.
No comments:
Post a Comment