Terkilan saya apabila terbaca tentang pergerakan Pemuda UMNO masih mempertimbangkan untuk menggunakan Internet bagi menangkis dan membidas pembangkang menjelang pilihanraya umum nanti.
Kenyataan yang disuarakan oleh Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dirasakan sebagai ekoran tindakan DAP melancarkan kempen melalui Internet. Kempen DAP itu diterajui oleh Jeff Ooi, blogger yang kini telah dengan rasminya menjadi anggota parti pembangkang tersebut.
Walaupun pihak pembangkang telah hampir satu dekad bergerak di alam maya siber samaada untuk menghasut atau mencetuskan isu-isu, namun UMNO ketara ketinggalan.
Khairy mengakui Internet masih belum digunakan secara total oleh UMNO. Beliau mengakui hakikat ini perlu di atasi secepat mungkin berikutan kesedaran bahawa Internet media komunikasi akan datang.
Saya rasa agak lewat bagi Khairy 'meramalkan' bahawa Internet adalah saluran media komunikasi akan datang kerana 'akan datang' yang dimaksudkannya ialah SEKARANG!
Lihat saja kepada ketebalan perangkaian (inter-conectivity) pelbagai peralatan komunikasi yang menggunakan kaedah GPRS, 3G, HSDPA dan lain-lain yang bakal menemui pengguna di Malaysia. Ia jelas menunjukkan detik ini bukan masanya untuk meramalakan kemungkinan Internet media pilihan di masa depan. Ia adalah sekarang. Jika baru sekarang UMNO nak memikirkan tentang penggunaan media itu, saya rasa memang tak logik langsung.
Selain keselesaan UMNO dengan satu atau dua laman web 'dihiasi' kandungan yang kebanyakannya bercorak puji-diri tidak mencukupi. Kaedah sebenar bukan 'inside looking in' seperti yang ditafsirkan oleh ramai orang UMNO. Yang perlu ialah 'inside looking out' (dari dalam melihat keluar).
Yang penting ialah bagaimana hendak menangani isu-isu yang ghairah dieksploitasikan pembangkang dan anarkis Internet. Apakah dengan hanya satu dua laman web mencukupi?
UMNO juga perlu melihat kepada beberapa individu yang saban hari cuba mempertahankan negara, bangsa, agama termasuk UMNO dengan cara sendiri dalam blog masing-masing tanpa sebarang imbuhan.
Mereka sedang mengharungi pelbagai cabaran tetapi masih gagah berdiri menghadapi 'musuh'. Berpandukan ini Khairy perlu mengkaji kembali tindakan UMNO mengambil penulis-penulis blog yang berpemikiran cetek dan mula berusaha mengenali mereka yang telah lama berjuang di medan pertempuran siber itu.
1 comment:
salam. yah, i am totally agree with your post. khairy should taken actin and urge his ppl to start workin/campaignin through internet. it's almost late actually, to start now cuz there so many blogs that UMNO needs to encounter with.
::..the truth is out there..::
Post a Comment