Apa yang berlaku patut dijadikan pengajaran kepadanya, bloggers lain dan juga mereka yang berhasrat untuk memulakan blog sendiri.
Negara berdaulat ini tidak pernah menghalang kebebasan bersuara, tapi kita sebagai warganegara Malaysia perlu juga berpada-pada.
Sekarang barulah Raja Petra tahu tinggi rendahnya langit walaupun di khalayak awam beliau mempamerkan 'bravado' seperti wira kebebasan tafsirannya sendiri. Ramai yang 'ditelenjangkan' di laman blog kendalian beliau. Bukan sedikit individu dan ahli politik yang terkena bahana fitnah yang dipaparkan melalui laman blognya itu.
Sebagai pengendali laman blog tersebut beliau perlu bertanggungjawab ke atas apa jua yang dipaparkan.
Alasan bahawa komen yang terpapar bukan tanggung-jawabnya dan hosting blog bukan berpusat di Malaysia tidak dapat diterima kerana yang penting Raja Petra sebagai pemilik wujud secara fizikal (a human-in-being) di Malaysia. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa dia boleh memikirkan samada segala yang terpapar boleh dimanifestasi di Malaysia atau tidak, walaupun secara maya. Dia tidak sepatut berselindung di sebalik keremajaan teknologi world wide web dan mengatakan seolah-olah tiada sempadan langsung di alam maya.
Menyebut tentang virtual world kita tidak seharusnya menunggu untuk penilaian penggarisan had-had serta peraturan teknologi maklumat dirintis oleh negara-negara barat sebelum kita sendiri mewujud dan kemudiannya meniru atau menyesuaikan peraturan itu di Malaysia.
Kita boleh memulakannya sekarang. Cendikiawan perundangan, Parlimen dan mahkamah boleh mempercepatkan usaha perbahasan dan pembentangan ke arah melengkapkan undang-undang siber Malaysia. Usaha ini tidak begitu sulit jika kita sendiri memahami falsafah asas perundangan siber yang hanya tidak lain daripada serpihan baru daripada 'core' codes of societal conduct yang menjadi asas undang-undang jenayah dan sebagainya. Apa kata kita bemula dengan melihat daripada aspek niat (intent) dan kemungkinan kesan (probable damage)?

Tidak salah kita 'berblog" tapi biarlah kena caranya dan biarlah pada landasan yang betul. Media sepatutnya menjadi penghubung manusia sejagat dan penyampai maklumat di mana jua. Media bukan tempat untuk menabur fitnah dan bukan landasan untuk menghina sesiapa jua.
Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Fikir-fikirkanlah...
Salam Jumaat
Salam Jumaat
No comments:
Post a Comment