Tuesday, April 29, 2008

MAHUKKAH KITA MENERIMA ANWAR SEBAGAI PM?



"Anwar tidak mempunyai agenda memperjuangkaan bangsa Melayu. "

Kata Ezam, bekas orang paling kanan Anwar (wawancara dalam Mingguan Siasah terbitan 27 April 2008), "Saya memperjuangkan bangsa Melayu di dalam PKR, Anwar menolak dan tidak mempertahankan saya."

Tambahnya lagi, "Memang ramai bukan Melayu mengundi Pakatan Rakyat kerana Anwar berkempen mahu menghapuskan DEB..."

Renungkanlah nasib bangsa Melayu di bawah Anwar dan PKR...

Komen:

Bukankah negara kita mengamalkan demokrasi? Bukankah majoriti dalam negara ini orang Islam (60%)? Dan bukankah sudah lama termaktub dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi ialah Islam, Bahasa Melayu bahasa negara dan Orang Islam/Melayu yang sudah lama dijajah dan sengaja dimundurkan itu perlu pembelaan?

Dan walaupun Kerajaan sudah lama mengamalkan DEB, majoriti yang miskin dan keterbelakang masih lagi Melayu dan Pribumi. Dan bukankah kuasa ekonomi masih lagi di tangan orang Bukan Islam? Apa lagi yang harus dikongsikan dengan yang Bukan Islam? Apakah DAP dan Karpal Singh itu benar-benar anti Islam atau anti Pri Bumi dan Melayu ? Apa dosa Melayu kepad mereka?

Sedarkah kita anak-anak budak Melayu masih lagi dibelakang dalam bidang pendidikan, ekonomi dan lain-lain?

Oh ya...Melayu korup!....Adakah bermakna yang bukan Melayu tak korup? Bapa dan Ibu Ayam, Ah Long, Towkay judi, Gangster dan juga sindiket pengedar dadah semuanya Melayu sahaja ke atau siapa?

Fikir dahulu sebelum terpengaruh dengan kata-kata kononnya DEB itu tidak adil. Di bawah DEB jugalah begitu banyak biasiswa dan tempat di IPTA masih lagi diberi kepada bukan Melayu. Setiap tahun, anak siapa yang mencapai 1st class honours di hampir kesemua IPTA?

DEB sebenarnya dilaksanakan dalam bentuk asalnya hanya hingga 1990. Mana adil?


 

Karpal, whats the fuss?


What use are laws if the ordinary people who gave the legislators the mandate to make the laws cant understand them ?

If ours is a democracy, and if the majority are Muslims (who are obliged to be governed by the Syariah court), it makes no sense to insist that ours is a secular system altogether.

In so far as the operation of the law at least, Muslims already are migrating to the Syariah Court, so why the fuss?

It doesnt affect the non Muslims, why are they so worried? Non Muslims are not obliged to be governed by the Syariah Court. So, why is Karpal so sensitive about statements that claim we want to be a Muslim country? Does he understand Islam and how its laws are operated?

Thursday, April 24, 2008

Karpal, suara kebenaran atau suara kebencian?


Sebahagian terjemahan petikan dari blog Rocky Bru

Suara Pengerusi DAP Karpal Singh seringkali begitu ketara tetapi sejak dua minggu kebelakangan ini ia lebih ketara dan lantang.

Sepanjang waktu singkat itu, dia pernah meminta Dr Mahathir memohon maaf kepada Salleh Abas, kemudian meminta seorang hakim memohon maaf kepada seorang peguam muda dari firma guamannya dan selepas itu dia berkata tidak akan memohon maaf berikutan kritikan yang dilemparkannya terhadap Tengku Mahkota Kelantan.

Hari ini, BERNAMA melaporkan satu berita berhubung gesaan Karpal kepada Syed Hamid supaya menarik-balik arahan Yang DiPertuan Agong ke atas kelima-lima orang tahanan Hindraf.

Nampaknya tokoh yang pernah diberi gelaran Singa Jelutong itu mula menunjukkan taringnya setelah berbangga dan mendapat semanagat baru berikutan anjakan kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.


 

HARI DEMI HARI BERLALU, BELUM PUN SAMPAI 100 HARI MEREKA SUDAH BERPRASANGKA...


Karpal Singh kelmarin (23/4/2008) mendesak PAS menarik balik matlamat menubuhkan Negara Islam jika mahu terus berada dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin-pemimpin PAS semuanya berdiam diri, kenapa?

Faisal Tehrani, seorang aktivis PAS dalam blognya berkata pada 22 April lalu, "Mula-mula terima babi, akhirnya PAS akan memperakukan Lina Joy. Saya akan beritahu anda bagaimana ini bakal berlaku..."

Tambah Faisal, PAS sudah tidak lagi boleh diharap dengan FASAL 5 nya. Fasal 5 sudah terkorban. Fasal 5 hanya hiasan sahaja...

Sekadar renungan buat kita orang Melayu; DAP kini rasa terlalu kuat, lantaran PAS membatukan diri bila diugut. PKR peduli apa dengan nasib bangsa Melayu? Yang penting mereka mahu orang mereka menjadi PM... maka itu, marilah kita bersatu semula menentang penipuan yang terpaksa dilakukan oleh DAP, PKR, & PAS.

Mempertahankan Melayu & Islam bukan bermakna perkauman


Merujuk sidang akhbar dan kenyataan Karpal Singh dalam media yang menuntut PAS menghentikan impian untuk menubuh Negara Islam: ia adalah bukti antara PAS dan DAP terlalu kuat kontradiksinya !

Pakatan rapuh, bukan Pakatan Rakyat! Kerajaan Pakatan Rakyat, jika tertubuh juga, hanya berdasarkan emosi kebencian terhadap Barisan Nasional.

Apakah perjuangan yang hanya berdasarkan pakatan benci baik untuk perpaduan dan negara? Musuh-musuh Islam dan Melayu Nusantara pasti akan mengambil peluang.

Lihatlah bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang tiba-tiba melantik orang Gerakan bagi jawatan Pengerusi PDC (Penang Develpment Corporation). Pelbagai alasan yang kosong cuba diberikan. Ini silap mata yang kotor...apakah tidak jelas lagi mereka bersatu untuk cuba menghancurkan pembangunan orang Islam di negara yang majoriti penduduknya adalah Umat Islam? Fikirkan.

Mereka bersatu, kita berpecah...malang sekali nasib anak-anak kita. Perkara yg kita takuti selama ini sedang terjadi..apakah kita masih nak membakar rumah sedang kelambu sudah pun dibakar ?

Walaupun memang ada kepincangan dalam budaya UMNO dan BN sepanjang pemerintahan, ia bukan mencerminkan keseluruhan parti. Yang anehnya agenda Pakatan Rakyat terbina di atas bibit-bibit kebencian teratur dan selektif, iaitu pendirian yang dicatur secara halus oleh anasir berpendirian perkauman anti Melayu dan Islam.

Mereka dengan begitu mudah mempengaruhi golongan yang kini mendabik dada sebagai kelahiran golongan Melayu Islam baru. Mereka dengan bangga menyerlahkan diri sebagai Melayu Muslim liberal tanpa merasakan betapa mereka diperalatkan secara halus oleh anasir-anasir anti-bangsa dan agama.

Orang UMNO, orang Melayu, orang BN boleh hidup dengan harmoni di Malaysia tetapi bisikan dan rasukan anasir yang ingin melihat perpecahan adalah petualang yang menggugat fabrik perpaduan ini. Disebabkan inilah maka orang Melayu perlu sentiasa bersifat defensif mempertahankan pendirian dan sentiasa mengenalpasti sebarang ancaman walaupun sekecil kuman sebelum menjadi besar seperti sekarang.

Posisi defensif untuk menjaga bangsa Melayu dan agama Islam bukan bermakna orang Melayu tidak bertamaddun dan tidak inginkan masyarakat sivil dan sebagainya. Masyarakat sivil bukan eksklusif kepada hanya golongan intelektual yang mendabik dada sebagai Muslim dan Melayu liberal. Malahan orang kampung yang hidup serba ringkas pun dapat menyedari konsep yang sama walaupun mereka tidak mampu mentafsirkannya secara intelektual.

Tuesday, April 22, 2008

Penyakit babi PRRS merebak di Vietnam

Sedang Selangor sibuk merancang untuk melaksanakan projek babi secara besara-besaran, jiran kita di Vietnam hari ini terpaksa menyekat eksport haiwan itu berikutan wabak Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome (PRRS), atau juga dikenali dengan nama penyakit "telinga biru."

Lebih 7,000 ekor babi telah dikenalpasti dijangkiti di 10 wilayah tengah dan utara negara itu setakat ini.

Wabak PRRS mula dikesan di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1980an dan kini ia wujud di kebanyakan negara pengeluar babi. PRRS boleh menyebabkan kerosokan pada sistem peranakan manusia, pneumonia dan jangkitan bakteria.

Monday, April 21, 2008

Dr Mahathir pencetus budaya negatif dalam UMNO


 

Bibit-bibit kemusnahan sudah lama ditanam. Dr Mahathirlah yang mewujudkan keadaan tersebut: kronisme, nepotisme, rasuah, kesombongan, mengganggu kehakiman, dan politik wang yang paling dasyat, antara lain. Dia telah mengenepikan DEB, dan menyentuh perkara ini (Tan Sri) Profesor Just Faaland, perunding yang terbabit dalam usaha menstrukturkan DEB berkata:

"Dr Mahathir tidak memberikan keutamaan kepada DEB. Selama 20 tahun dia menyalahkan perangai dan sifat orang Melayu. Dia merungkaikan segala yang telah dicapai sejak tahun-tahun awal DEB melalui pengswastaan dan pengambilan-alih pengurusan syarikat (MBO) selain memaksa agensi-agensi amanah yang ditubuh untuk membantu melaksanakan DEB supaya memberi keutamaan kepada soa-soal meraih keuntungan semata-mata. Segala idea dan tindakan tersebut telah mengganggu seluruh falsafah pemangkin dalam menjalankan peranan menjayakan DEB. Hasilnya orang Melayu tersungkur dengan mentaliti subsidi. Nilai-nilai sejagat digantikan dengan keperluan etnik standard. Inilah punca-punca kemusnahan UMNO. Ia menjadi begitu taksub dengan kedudukan; ia mengenepikan tugas utamanya; ia menjelma menjadi raksasa sinis yang tidak mempunyai hatibudi."

Disebabkan itu maka tidak menghairankan kenapa UMNO berkelakuan seperti sekarang... masih angkuh dan tidak sedarkan diri dan asyik menyalahkan orang lain. Dr Mahathir berkuasa selama 22 tahun dan sepanjang waktu itu menjadikan UMNO begitu buruk tetapi sekarang menyalahkan seorang Perdana Menteri yang hanya baru sempat berkuasa selama empat tahun sebagai punca segala amalan kotor dan budaya pincang dalam UMNO hari ini... Agaknya Dr Mahathir merasakan dirinya seperti malaikat yang tidak mungkin melakukan kesalahan.