Thursday, March 12, 2009

Arnaud Dubus, beberapa blogger anarkis Malaysia di Bangkok dan Yayasan Altantuya – serangan gear dua dan satu konspirasi...


Wartawan akhbar Perancis, Liberation, Arnaud Dubus yang mendakwa Datuk Seri Najib terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya telah menubuhkan sebuah yayasan - Altantuya Foundation.

Berpusat di Bangkok dan digerakkan bersama sekumpulan yang mendakwa diri mereka wartawan bebas (yang didalangi beberapa blogger/wartawan berhaluan kiri Malaysia), yayasan tersebut antara lain bertujuan memberi sokongan material kepada keluarga Altantuya selain bantuan 'konkrit' dalam usaha menengahkan kes itu bagi rangkaian pihak-pihak berkepentingan untuk memastikan Datuk Najib tersungkur dan Malaysia menjadi sebuah negara boneka kuasa asing.

Meneliti keadaan inii ramai yang berasa begitu sangsi kerana ia jelas membuktikan Dubus bukan wartawan berpemikiran objektif dan akhbar Liberation hanya sekadar akhbar picisan. Lebih daripada itu, segala yang ditimbulkan hanya pelancaran operasi peringkat kedua untuk menyemarakkan lagi keghairahan terhadap kes tersebut dengan membawanya ke arena antarabangsa melalui persekongkolan dengan anasir dan agen pemusnahan global.

Wednesday, March 11, 2009

Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik


Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mencadangkan Dewan Rakyat menarik kembali kekebalan ahli-ahli Parlimen supaya mereka lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ibrahim berkata, walaupun terdapat Akta Hasutan 1948 yang menghalang ahli-ahli Parlimen daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat kestabilan kaum namun akta itu sahaja tidak mencukupi kerana tindakan kepada mereka yang bersalah di bawah akta itu mengambil masa yang lama.

"Saya cadangkan supaya tidak ada lagi imuniti (kepada ahli Parlimen) kerana kekebalan tidak perlu ada. Sultan-Sultan, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu pun tidak ada kekebalan.

"Kita di sini boleh bercakap apa sahaja. Kita boleh bercakap sebab kita ada di sini tapi orang yang namanya disebut atau pun didakwa begitu begini tidak ada di sini dan mereka tidak boleh mempertahankan diri mereka.

"Jadi saya rasa sudah sampai masanya kekebalan kepada kami ahli-ahli Parlimen ditarik kembali supaya (kita) boleh bercakap dengan lebih bertanggungjawab," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 di Dewan Rakyat.

Selain itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mencadangkan semua warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun diwajibkan mengangkat sumpah ketaatan kepada Raja dan Rukun Negara bagi melahirkan rakyat yang taat dan cintakan negara.

"Ini penting sebab sekarang ini, macam-macam perkara dah berlaku dan golongan generasi muda pun kurang pengetahuan sejarah.

"Kalau kita tidak menyedarkan mereka, ia boleh menjerumuskan negara ke arah kehancuran," katanya.

Berhubung Bajet Mini yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam, Ibrahim berkata, beliau percaya bajet itu dibuat dengan begitu teliti dan berhemah.

Selain itu, beliau turut meminta supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat sama-sama bermuhasabah diri dan menghentikan tuduhan melulu antara satu sama lain.

"Tuduh menuduh satu hal tapi orang kata, tahu sama tahu. Saya anjurkan supaya pihak kerajaan dan pihak ketua pembangkang bermuhasabah diri.

"Bila semua bermuhasabah diri, barulah akan ada titik pertemuan dan kita kena ikhlas," katanya.

-Mstar-

Monday, March 9, 2009

Budibicara Peguam Negara tidak lagi perlu dipersoalkan


Dipetik dari blog Lenggong Valley


Perlembagaan Persekutuan dibawah Fasal/Article 145(3) sememangnya jelas memberikan kuasa budibicara kepada Peguam Negara dalam hal Pendakwaan. Budibicara dan kuasanya disahkan oleh banyak kes-kes (dulu lagi sehingga sekarang) yang telah diputuskan oleh Mahkamah Federal iaitu mahkamah tertinggi di Persekutuan Malaysia. Maka kuasa budibicara Peguam Negara tidak lagi perlu dipersoalkan.

Peguam Negara juga bertindak sebagai pendakwaraya dan dalam banyak hal Timbalan Pendakwa Raya dan Penolong Pendakwa Raya mempunyai juga kuasa yang terdapat pada Pendakwa Raya. Namun ada sesetengah kuasa hanya khas untuk kegunaan peribadi PendakwaRaya antaranya ialah memindahkan kes (seksyen 418A Kanun Prosedur jenayah)yang walaupun Mahkamah Rendah mempunyai bidang kuasa menentukannya, memandangkan minat orang ramai (high profile case) dan oleh kerana PendakwaRaya sendiri yang akan melakukan pendakwaan tersebut, adalah wajar kes didengar diMahklamah Tinggi sesuai dengan martabat dan kedudkan Peguam Negara yang juga merupakan sebagai Pendakwa nombor satu negara.

Filosofnya mudah, kedudukan dan martabat nya melayakkannya contohnya tinggal ditempat hotel 5 bintang atau naik kapalterbang business - jika tidak, jatuh lah standard beliau sebagai Peguam Negara. ini sekadar perumpamaan sahaja.

Mahkamah Sesyen memang mempunyai bidang kuasa mendengar kes yang tidak membawa hukuman mati dibawah Akta mahkamah Rendah 1948, maka kes liwat dibawa seksyen 377B sememangnya boleh didengar dimahkamah Sesyen. namun itu tidak bermakna Mahkamah Tinggi tidak boleh ambil kes itu kerana Mahkamah Tinggi lebih berkuasa dan lebih luas bidangkuasanya dibawah COurts of Judicature Act berbanding majistret dan Tuan hakim mahkamah Sesyen.

Tuan hakim mahkamah Sesyen dan Tuan majistret tidak dipanggil "Yang Arif" berbanding Hakim Mahkamah Tinggi.

Maka sekarang mudah kita nampak rasionalnya kenapa kuasa diberikan kepada Peguam Negara memindahkan kes diMahkamah Tinggi sesuai dengan kedudukan dan martabat Peguam Negara itu sendiri.

Pendakwaraya mempunyai kuasa luas dalam hal pendakwaan dan budibicaranya tidak tertakluk kepada budibicara Perdana Menteri. Peguam Negara memegang jawatan diatas perkenan/ lesen Yang DiPertuan Agung bukan atas perkenan/lesen Perdana Menteri. Maka kenyataan PM bahawa Peguam Negara sendiri tidak akan terlibat dalam pendakwaaan Dato Seri Anuar sebenarnya tidak mengikat Peguam Negara kerana PM tiada kuasa terhadap Peguam Negara.

Bahawa Peguam Negara mempunyai suatu laporan polis terhadapnya bersama IGP Musa Hassan atas tudohan Dato Seri Anwar bahawa mereka `mengada-adakan' keterangan terhadap kes liwat yang lalu terhadap Dato Seri Anwar adalah isu berbeza dan tiada kaitan langsung dengan kuasanya melakukan pendakwaan terhadap Dato Seri Anuar. Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan itu sendiri secara jelas memberikan Peguam Negara kuasa Pendakwaan, hujah "legitimate expectation' peguam En Sulaiman tidak boleh dipakai kerana suatu doktrin estoppel tidak boleh mengatasi suatu peruntukkan undang-undang yang jelas apatah lagi kuasa yang telah dianugerahkan dibawah Perlembagaan Persekutuan - Undang2 Tertinggi diMalaysia.

Sebab sebetulnya atau alas an saya mengatakan Tuan hakim Komathy silap mungkin berbeza dengan hakim mahkamah Tinggi namun sememangnya keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Komathy silap/ lemah kerana kuasa memindahkan kes ke mahkamah tinggi memang didalam kuasa peribadi Peguam Negara. Apahal pula beliau tidak boleh tandatangan sijil perpindahan kes tersebut?

Apa yang perlu pihak lawan menekankan ialah samada hakim boleh bertindak tidakberbelah pihak bukan samada Peguam negara berpihak atau tidak. Sememangnya jika dia yang mendakwa, maka tentunya Peguam Negara berpihak disebelah pendakawa melawan pihak OKT.

Saya tidak faham kenapa pihak OKY/lawan beriya-iya mempertikaikan sijil pindah kes ke mahkamah tinggi yang sememangnya Peguam Negara mempunyai kuasa menandatangani.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Friday, March 6, 2009

Kaitan Anwar dengan akhbar Liberation...satu lagi konspirasi licik



Article 05/03/2009

"Un cadavre très dérangeant

Celui d'Altantuya, une jeune interprète asiatique, prise dans une sombre affaire de ventes d'armes entre la France et la Malaisie... Azilah l'a entouré d'explosifs et nous l'avons fait sauter ", poursuit Sirul, qui a toujours cru qu'Altantuya Shaaribuu, tuée en octobre 2006, était chinoise... C'est ce paiement, reconnu officiellement par le gouvernement malaisien devant le Parlement de Kuala Lumpur, qui a enclenché une cascade d'événements, dont la disparition des principaux témoins de l'affaire et l'assassinat d'Altantuya..."


Petikan berita di atas dari akhbar Liberation dalam bahasa Perancis, menceritakan apa yang didakwa (direka) oleh wartawan Arnaud Dubus sebagai rentetan peristiwa sekitar saat-saat akhir Altantuya sebelum dibunuh....

Tak hairanlah bagaimana Dubus dapat "mendedahkan" kisah di sebalik pembunuhan Altantuya dalam usaha mengheret Dato Seri Najib sekali lagi.

Apa tidaknya,akhbar Liberation sebenarnya dimiliki oleh Edouard De Rothschild, seorang jutawan Yahudi yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga Rothschild – empayar kewangan yang terbina di atas pelbagai kemusnahan dan keruntuhan kemanusiaan sejak Perang Waterloo pada 1815 di Belgium.

Rupanya Anwar Ibrahim mempunyai perhubungan intim dengan Rothschild sejak dia menjalinkan persahabatan dengan konco-konco neo-con Yahudi di Amerika dan Eropah, seperi John Wolfowitz.

Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu perlu dimaklumkan bahawa Anwar adalah alat penting zionist dalam memuncakkan politik kemarahan dan kebencian melalui pelbagai saluran propaganda. Taktik neo-con Amerika/zionist itu begitu sebati dengan darah daging petualang Melayu ini.

Anwar telah cuba menghancurkan kredibiliti Najib sejak April 2007 semasa pilihan raya kecil Ijok. Anwar menggunakan segala keresahan dan ketidakpuasaan orang ramai terhadap kepimpinan Pak Lah yang sebenarnya juga dicetuskan oleh dirnya bersama agen-agennya di Malaysia.

Kepantasan 'pendedahan' Dubus diposkan ke blog-blog pro Anwar dan pembangkang hanya menunjukkan betapa segala-galanya dirancang dengan rapi. Apatah lagi, beberapa bulan lalu mereka hinggalak tersilap langkah apabila seorang blogger pro-Anwar meneceritakan bagaimana dia menjelajah Eropah dan bertemu dengan beberapa orang pekedai gedung mewah di Perncis yang kononnya mengaku masih ingat semasa Altantuya bershopping di gedung-gedung mewah di sana.

Blogger tersebut kononya telah memperoleh pelbagai bukti yang kononya sahih bagi menguatkan lagi dakwaan pertalian Altantuya dengan Razak untuk dikaitkan dengan Najib.

Daripada ini kita dapat meilhat betapa mendalamnya komitmen Anwar terhadap agenda zionist di negara ini.

Thursday, March 5, 2009

SIAPA MANGSA SEBENAR DASAR APARTEID DI MALAYSIA?


Keceluparan mulut dua orang pemimpin DAP, Dr Boo Cheng Hau dan Dr Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hingga tergamak menyamakan Dasar Ekonomi Baru dengan Dasar Aparteid tidak lebih dari sikap biadap dan kurang ajar yang tidak sama sekali menghormati pengorbanan orang Melayu yang lebih dari 200 tahun di pinggirkan oleh dasar penjajah British yang hanya memberikan segala peluang kepada kaum pendatang dengan sama sekali membiarkan masyarakat pribumi terus terpinggir di tanah air sendiri. Kedua-dua nya yang bukan sahaja buta sejarah malah buta hati , lupa bahawa di bumi yang mereka sifatkan mengamalkan Dasar Apartied ini lah datuk nenek mereka yang hanya datang sehelai sepinggang untuk menjadi imigran ekonomi, yang tidak berhasrat bermastautin di sini bukan sahaja menimba kekayaan tanpa had tetapi juga memberi peluang kepada orang seperti mereka mendapat gelaran doctor , malah mampu menjadi Timbalan Ketua Menteri walau pun kaum mereka hanya merupakan kaum minoriti berbanding orang Melayu.

Walaupun datang tidak berjemput pergi tidak berhantar, orang Melayu sebagai bangsa yang berbudaya bukan sahaja tidak pernah mengungkit-ungkit malah membiarkan sahaja segala kekayaan negara ini terus di kuasai oleh kaum lain atas dasar tolak ansur yang telah di persetujui bersama oleh datuk nenek mereka dengan syarat kaum lain tidak mempertikaikan hak seperti yang telah termaktub di dalam Kontrak Sosial walau pun kini ramai telah mempersoalkan nya bukan sahaja dikalangan kaum bukan Melayu malah di kalangan orang Melayu sendiri terutama dikalangan mereka yang sudah sanggup menggadai agama demi kepentingan politik , menghalalkan cara asalkan matlamat politik mereka tercapai. Pemimpin agung mereka secara terang terang mengkritik DEB sedangkan majority dari anak cucu mereka mendapat nikmat. Ini termasuk lah sebahagian malah hampir keseluruhan Ahli Parlimen mereka mampu menjejakan kaki ke menara gading dan di hantar ke luar negara atas dasar yang mereka sendiri kini persoalkan. Perangai menggigit tangan yang menyuap ke mulut mereka sebenar sama sekali bertentangan dengan apa yang di ajar oleh Islam.

Hampir 154 tahun sejak sekolah Inggeris pertama Penang Free School ditubuhkan, pada tahun yang sama sekolah Cina dan sekolah Tamil pertama di tubuhkan, pribumi hanya sekadar menjadi penonton. Hanya 40 tahun selepas itu, pada tahun 1856 sekolah Melayu pertama di tubuhkan itu pun hanya seta setakat Darjah 5 , dimana 30 tahun selepas itu di turunkan ke darjah 4, takut takut pribumi yang berpendidikan bangun menentang mereka, sedangkan kaum Cina dan India mampu menyambung hingga ke SeniorCambridge seterus nya ke Raffles College dan King Edward Medical College atau terus ke UK, Australia atau Hong Kong. Kecuali segulungan kecil anak gulungan aristocrat yang di pilih ke Malay College bermula tahun 1905 yang setelah tamat pengajian di lantik menjadi Pegawai British, rata rata kaum pribumi di pinggirkan terus dari mendapat pendidikan. Hanya pada tahun 1930 dasar terbuka penjajah membenarkan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris ia itu 114 tahun kemudian. Tidak pernah kah Bo Cheng atau Ramasamy terpikir berapa ramai professional Cina dan India yang wujud dalam jangkan masa tersebut berbanding bangsa Melayu yang kaki dan tangan mereka di ikat dengan berbagai sekatan. Siapa sebenar nya mangsa Aparteid ? Pribumi atau kaum pendatang ?

Pernahkah datuk nenek kami mempersoalkan tentang meritokrasi ? Pernahkah kaum pribumi melabel kan kaum lain dengan pelbagai kehinaan. Kalaulah Bo Cheng dan Ramasamy bersikap seperti Tan Cheng Lock atau Tun Sambanthan , tidak mungkin kedua dua nya tergamak melabelkan dasar DEB yang sama sama di gubal oleh pemimpin mereka terdahulu sebagai sama dengan Dasar Aparteid. Bangsa Melayu berpegang kepada pepatah biar kurang makan tapi jangan kurang ajar. Kaum lain juga sepatutnya tahu di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Lihatlah kaum mereka di Fiji, Uganda malah di tanah asal mereka sendiri belum tentu mereka berjaya hingga mampu menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau pun ADUN. Malah seawal pilihanraya pertama 1959, walau pun pribumi merupakan 86% dari pengundi berdaftar kaum Cina dan India atas dasar tolak ansur di berikan 15 kerusi dari 55 kerusi yang di pertandingkan. Asas yang sama di gunakan hingga sekarang. Tetapi jangan lah orang Melayu dipersalahkan bila kerusi yang di peruntukan di rampas oleh pembangkang. Sepatutnya mereka membuat muhasabah diri sendiri sebelum menyalahkan UMNO yang sekian lama mengamalkan dasar tolak ansur.

Malah dengan dasar adil DEB ini lah ramai anak anak pemimpin pembangkang berpeluang menjadi terpelajar dan kembali menentang orang yang menyuap mereka. Mungkin juga ada benarnya dasar penjajah untuk tidak memberikan pendidikan tinggi kepada anak tempatan ! DEB yang di rangka dan di persetujui oleh semua kaum punya dua matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum telah berjaya meningkatkan taraf hidup semua kaum terutama kaum Cina yang hamper 200 tahun terkehadapan berbanding orang Melayu. Tidak heranlah kalau kita mengunjungi pusat pusat beli belah seperti KLCC, One Utama, Pavilion atau MidValley jarang sekali ternampak kedai milik Bumiputera, kecuali The Loaf kepunyaan Dr Mahathir di Pavilion atau Nor Arfa Batik di One Utama. Begitu juga kaum India yang selama ini menuduh kaum mereka di pinggir menguasai hampir keseluruhan premis perniagaan di Jalan Mesjid India, Brickfields berbanding tidak ada satu pun bangunan, premis perniagaan yang di miliki oleh individu Bumiputra. Seharus nya Bo Cheng menghitung premis yang sama di Johor Baru atau Batu Pahat. Malah kalau di tinjau apartment mewah di Mont Kiara, Sri Hartamas atau di sekeliling KLCC jelas kelihatan siapa sebenarnya mangsa Aparteid. Ini tidak termasuk di kawasan elit seperti Sierra Mas, Mont Kiara , Jalan Duta di mana di sini lah tinggal nya kebanyakan pengkritik DEB yang hidup mereka serba mewah dengan banglo tanpa pagar yang di kawal 24 jam. Siapa kah mereka ini ? berapa orang penghuni Melayu yang mampu tinggal di sini kecuali Melayu yang menjadi pengkritik utama DEB. Apa kah Ramasamy buta mata dengan siapa yang tinggal di Minden Heights , Persiaran Gurney ? Pernahkah Ramasamy terjumpa rumah orang Melayu yang di anggap menjajah kaum lain ?

Kalaulah DEB hanya memperkayakan hanya kroni UMNO masakan dari 40 orang terkaya di Malaysia hanya ada 8 orang Melayu yang kalau di campur keseluruhan harta mereka tidak sampai pun 20% apa yang di miliki oleh Robert Kuok atau Ananda Krishnan. Apa kah 32 orang bukan Melayu yang berusaha gigih mencari harta di negara bertuah ini semua nya kroni UMNO ? Ketua Pembangkang dan kuncu kuncu nya yang dulu bermaharajalela selama 16 tahun sebagai Menteri Kewangan, Setiausaha Politik mungkin boleh memberi jawapan kepada rakan mereka dari DAP, PAS apa yang telah mereka rompak selama 16 tahun di dalam kerajaan. Mungkin mereka boleh memberitahu rakyat berapa banyak saham HICOM, TNB, Telekom dan jutaan saham lain termasuk di Sabah Shipyard, Sikap Power ,Advance Synergy dan ratusan syarikat lain yang mereka kuasai terutama sebelum Krisis Kewangan 1997. Janganlah bila menjadi pembangkang, menjadi pemimpin tertinggi PAS, mereka mula bercakap tentang keadilan, kesamarataan sedangkan seperti kata pepatah " Berkokok berderai derai tapi ekor bergelumang dengan tahi." Selama 16 tahun mereka ini lah yang terlibat dengan penyingkiran Tun Salleh Abas, terlibat dengan Isu Raja Raja Melayu dan berbagai isu yang sekarang ini mereka timbulkan di Parlimen. Apa yang telah mereka lakukan terhadap AUKU ? Apa yang mereka lakukan tentang rasuah ? Sebalik nya bersekongkol melakukan kerja kerja haram sehinggakan dari hanya seorang tenaga pengajar di Kolej Swasta mampu tinggal di Bukit Damansara dengan pakaian berjenama lengkap dengan Image Consultant. Kenapa dulu mereka ini membisu tentang DEB. Pemimpin PAS juga yang mendapat nikmat semasa 4 tahun bersama BN juga seharus nya tidak bersikap lidah bercabang kerana sama sama menikmati faedah dari DEB termasuk lah sebahagian berjaya memasuki Rancangan FELDA semasa Allahyarham Dato Asri menjadi Menteri Tanah & Galian.

Kalaulah alasan kaum bukan Bumi tidak terpilih menjadi kepimpinan tertinggi di IPTA, Ramasamy sepatut nya bertanya dari lebih 500 buah IPTS berapa peratus pelajar Melayu berbanding bukan Melayu dan berapa ramai kepimpinan tertinggi dari kalangan Bumiputra berbanding bukan Bumiputra. Kalaulah kaum lain di pinggirkan apa kah mampu lebih 80 % pelajar bukan Bumi belajar di IPTS?. Malah dengan dasar Meritokrasi yang di amalkan sejak tahun 2002, hanya sekitar 55% pelajar Bumiputra yang memohon masuki IPTA mendapat tempat berbanding lebih 70% pelajar bukan Bumi yang terpilih.

Apakah ini juga dasar Apartied ? Dasar Apartied ini juga lah yang berjaya menghantar lebih 35,000 pelajar bukan Bumi menuntut di UK, Australia, USA, Canada, India atau Taiwan berbanding hanya sekitar 25,000 pelajar bumiputra yang sebahagian besar di Timur Tengah dalam jurusan yang tidak menjanjikan peluang kerja yang baik berbanding kaum bukan Bumiputra. Malah apabila kuota biasiswa ke luar negara berasaskan kepada nisbah 55: 45 jurang di bidang pendidikan akan menjadi lebih ketara. Hakikat nya walau dalam bidang apa sekali pun samada pengangkutan, pembinaan, hartanah, walau pun mungkin Bumiputra yang mendapat kontrak, kaum lain lah yang mendapat nikmat terbesar. Jadi tak payah lah Bo Cheng dan Ramasamy bersuara melainkan mereka punya fakta untuk sama sama kita berbahas. Orang Melayu tidak mintak di sanjung atas pengorbanan mereka selama ini, tetapi sekurang kurang nya jadi lah kaum yang tahu berterima kasih atas pengorbanan tuan rumah. Cukup lah bangsa kami di hina !


Roslan Latif

Presiden Alumni Melayu Amerika Utara ( ALMA )

Mahkamah Tinggi dengar kes liwat, Anwar kemuka rayuan




Peguam kepada Anwar Ibrahim, Sankara Nair ketika ditemu ramah wartawan di luar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini. 


Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Selepas tujuh bulan menjadi perhatian, kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perkara tersebut kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Anwar, yang dituduhkan meliwat Mohamad Saiful Bukhari Azlan, di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara 26 Jun lalu, tiada di mahkamah ketika keputusan diumumkan.

Sebelum Mohamad Zabidin mengumumkan keputusannya, beliau bertanya kepada peguam yang mengetuai pasukan pembelaan, Sulaiman Abdullah sebab Anwar, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, tidak hadir di mahkamah hari ini.

Sulaiman berkata, Anwar dikecualikan daripada hadir kerana prosiding hari ini adalah hanya untuk kajian semula dan hal itu seterusnya disokong oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Sulaiman memberi jaminan bahawa Anwar akan hadir apabila kes itu disebut semula di Mahkamah Sesyen Selasa ini.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan Selasa ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen, sekali gus menetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.

Katanya, Abdul Gani hanya menjalankan fungsi pentadbiran dengan menandatangani sijil tersebut dan bukan menjalankan fungsi penghakiman atau separa-penghakiman.

"Oleh itu, beliau bukan melaksanakan fungsi kehakiman atau separa kehakiman. Beliau sematamata menjalankan tugas pentadbiran yang ada dalam kuasanya dan yang perlu dilaksanakannya sendiri," katanya.

Mohamad Zabidin berkata, selain laporan polis yang dibuat oleh Anwar, tidak ada keterangan lain yang menunjukkan bahawa pengeluaran sijil pemindahan itu didorong oleh elemen berat sebelah.

Beliau berkata, Mahkamah Sesyen tidak ada bidang kuasa untuk menentukan sama ada sijil itu sah atau tidak dan tindakan memutuskan sijil itu sebagai tidak sah sekaligus menandakan yang Komathy telah membuat satu perintah pengisytiharan.

"Perintah perisytiharan oleh beliau bererti membatalkan keputusan pihak pendakwaan agar kes itu didengar di Mahkamah Tinggi sedangkan ia hanya boleh diperoleh menerusi perintah certiriori," katanya.

Berhubung jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu, Mohamad Zabidin berkata, hal itu perlu dilihat daripada segi Anwar diber jaminan tidak akan dianiaya dan siasatan serta perbicaraan terhadapnya dijalankan secara adil mengikut undang-undang dan prosedur.

Anwar sebelum ini mempertikaikan kesahihan sijil pemindahan kes itu dengan alasan Abdul Gani tidak sepatutnya menandatanganinya kerana beliau sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berhubung dakwaannya yang Abdul Gani memalsukan keterangan dalam insiden "mata hitam" yang dialami Anwar 10 tahun lalu.

Sementara itu, salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan tersebut, namun terpaksa menerimanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan esok bagi semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada 7 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Berikutan itu, pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.

Pakatan Rakyat nak Tamatkan zaman PM Melayu?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, baru-baru ini berkata Datuk Najib merupakan PM terakhir dari kalangan UMNO (maksud sebenarnya PM terakhir Melayu) kerana selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambilalih kerajaan (agaknya akan naiklahh seorang lagi Melayu boneka sebagai PM semacam Nizar yg dijadikan MB Perak).

Ucapannya disiarkan dalam Sinar Harian hari ini (4hb Mac 09)


KOMEN:

Jika dibiarkan oleh pengundi, Pakatan Rakyat bukan sahaja akan menamatkan zaman Perdana Menteri Melayu malah Kesultanan Melayu juga mungkin akan ditamatkan.

Agung Melayu akan digantikan dgn Presiden sebagai Ketua Negara. Presiden tak semestinya Ketua Islam sedangkan Sultan Melayu semestinya beragama Islam. Adakah ini tanda tanda awal yg satu lagi negara Islam akan bertukar menjadi negara sekular 100% seperti yg di idamkan Karpal Singh? Sama sama kita tunggu. Penukaran sistem Kesultanan kepada republik adalah langkah pertama dalam proses menjadikan sesebuah negara Islam sebagai negara yang akhirnya akan mengamalkan demokrasi liberal.